Isnin, 5 November 2012

Proses Pembuatan

Umum masakini lebih cepat menyamakan mesin dan peralatan dalam pembuatan sesuatu produk. Akan tetapi, di Pusat Latihan Kesenian, teknik dan peralatan tradisional masih memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan sesuatu produk. Hal ini adalah kerana ingin memelihara mutu dan menjana keunikan tersendiri setiap produk (atau lebih dikenali sebagai nilai ekspresif). Setiap produk diberi penilaian dan perhatian yang khusus untuk melayakkannya menjadi sesuatu produk yang bermutu tinggi. Pelatih yang menjalani kursus juga mengikuti jejak langkah orang terdahulu dimana penurunan ilmu secara pengalaman dan permerhatian terus dikekalkan, walau tempoh kursus hanya 3 tahun.
Dalam proses pembuatan produk perak, ada 6 proses yang perlu di lalui iaitu:-
i) Penggilingan
ii) Pemotongan
iii) Melukis Motif dan bunga
iv) Motif dan bunga dipahat
v) Pateri
vi) Penggilapan
Pertama sekali, kepingan perak yang kebiasaannya berukuran panjang 30 inci berkelebaran 17 inci digiling supaya menjadi sedikit nipis yang akan memudahkan "pemandai" atau petukang perak melakukan kerja mereka. Kepingan yang siap digiling akan dipotong sesuai dengan sukatan produk yang bakal mereka hasilkan.

Kemudian, pemandai mula melukis motif dan bunga keatas kertas minyak dimana akan ditiru semula ke atas perak. Selesai kerja melukis motif dan bunga, pemandai akan mula memahat motif dan bunga tadi keatas kepingan perak mengikut lukisan atas kertas minyak atau terus sahaja keatas kepingan perak tadi.

Seusai pahatan motif dan bunga, kepingan tadi siap untuk dibentuk kepada bentuk yang diinginkan. Contohnya, jika bentuk yang diinginkan adalah bulat, kayu pengarongan akan digunakan untuk melentur kepingan tadi menjadi bulat dengan menggunakan tukul. Kemudian kepingan tadi harus ditemukan dua penghujungnya untuk menjadi bentuk bulat yang dikehendaki. Proses ini dipanggil memateri kepingan perak. Untuk memateri, apa yang diperlukan ialah campuran serpihan perak dan tembaga serta pijar. Campuran perak tadi akan diletakkan dipertemuan dua penghujung tadi lalu dibiarkan sehinggakan campuran tadi sebati dan pertemuan yang dikehendaki tercapai.

Selesai dipateri, produk kemudiannya menjalani proses terakhir iaitu penggilapan yang dibantu alatan moden. Produk akan menjalani penganalisaan terakhir sebelum diserahkan unuk dijual.

Di antara hasil pertukangan perak dan tembaga:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan