Isnin, 5 November 2012

Pertukangan Tangan Perak Brunei: Objektif Kajian

Pertukangan Tangan Perak Brunei: Objektif Kajian: Mengetengahkan komuniti pertukangan tangan Perak Brunei Menunjukkan kepentingan komuniti pertukangan tangan perak Brunei di dalam masyara...

Proses Pembuatan

Umum masakini lebih cepat menyamakan mesin dan peralatan dalam pembuatan sesuatu produk. Akan tetapi, di Pusat Latihan Kesenian, teknik dan peralatan tradisional masih memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan sesuatu produk. Hal ini adalah kerana ingin memelihara mutu dan menjana keunikan tersendiri setiap produk (atau lebih dikenali sebagai nilai ekspresif). Setiap produk diberi penilaian dan perhatian yang khusus untuk melayakkannya menjadi sesuatu produk yang bermutu tinggi. Pelatih yang menjalani kursus juga mengikuti jejak langkah orang terdahulu dimana penurunan ilmu secara pengalaman dan permerhatian terus dikekalkan, walau tempoh kursus hanya 3 tahun.
Dalam proses pembuatan produk perak, ada 6 proses yang perlu di lalui iaitu:-
i) Penggilingan
ii) Pemotongan
iii) Melukis Motif dan bunga
iv) Motif dan bunga dipahat
v) Pateri
vi) Penggilapan
Pertama sekali, kepingan perak yang kebiasaannya berukuran panjang 30 inci berkelebaran 17 inci digiling supaya menjadi sedikit nipis yang akan memudahkan "pemandai" atau petukang perak melakukan kerja mereka. Kepingan yang siap digiling akan dipotong sesuai dengan sukatan produk yang bakal mereka hasilkan.

Kemudian, pemandai mula melukis motif dan bunga keatas kertas minyak dimana akan ditiru semula ke atas perak. Selesai kerja melukis motif dan bunga, pemandai akan mula memahat motif dan bunga tadi keatas kepingan perak mengikut lukisan atas kertas minyak atau terus sahaja keatas kepingan perak tadi.

Seusai pahatan motif dan bunga, kepingan tadi siap untuk dibentuk kepada bentuk yang diinginkan. Contohnya, jika bentuk yang diinginkan adalah bulat, kayu pengarongan akan digunakan untuk melentur kepingan tadi menjadi bulat dengan menggunakan tukul. Kemudian kepingan tadi harus ditemukan dua penghujungnya untuk menjadi bentuk bulat yang dikehendaki. Proses ini dipanggil memateri kepingan perak. Untuk memateri, apa yang diperlukan ialah campuran serpihan perak dan tembaga serta pijar. Campuran perak tadi akan diletakkan dipertemuan dua penghujung tadi lalu dibiarkan sehinggakan campuran tadi sebati dan pertemuan yang dikehendaki tercapai.

Selesai dipateri, produk kemudiannya menjalani proses terakhir iaitu penggilapan yang dibantu alatan moden. Produk akan menjalani penganalisaan terakhir sebelum diserahkan unuk dijual.

Di antara hasil pertukangan perak dan tembaga:

Objektif Kajian

  1. Mengetengahkan komuniti pertukangan tangan Perak Brunei
  2. Menunjukkan kepentingan komuniti pertukangan tangan perak Brunei di dalam masyarakat Brunei masakini.
Sebagaimana yang diketahui umum, komuniti pertukangan tangan perak Brunei semakin mengecil dan kian pupus dekad 1960-1970-an. Ketiadaan generasi penerus dan pelapis pertukangan tangan perak Brunei berikutan peralihan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat dari industri dan perusahaan tempatan kepada perekonomian kapitalis serta peralihan penduduk kampong Ayer ke darat juga menambah faktor membawa kepada merosotnya komuniti pertukangan tangan perak Brunei . Maka timbullah kesedaran untuk kelangsungan pertukangan tangan perak Brunei terus wujud selari dengan perkembangan negara demi menjaga warisan khazanah datu nini Orang Brunei yang seharusnya menjadi kebanggaan ramai. Melalui penghidupan kembali tradisi pertukangan tangan perak Brunei ini, generasi akan dating dapat menyelami sedikit-sebanyak cara hidup orang Brunei dahulu kala. SElain itu bagi memelihara estetika nilai ekspresif dan simbolik yang dapat diamati melalui produk yang dihasilkan, berbeza dengan produk massa yang hanya menitikberatkan nilai kemodenannya.

Pengenalan: Pertukangan Tangan Perak Brunei

Pertukangan tangan adalah di antara warisan nenek moyang kita yang terdahulu. Contoh hasil pertukangan tangan ialah kain tenunan, songkok, perak, tembaga, seni ukir, keris dan sebagainya. Ianya melambangkan identiti keBruneian kerana keunikan orang Brunei dalam menghasilkan barang seperti itu yang jarang atau tidak ada langsung di hasilkan oleh negara luar. 'Kepandaian' orang Brunei dalam pertukangan tangan ini datangnya dari pembelajaran dari datuk nenek moyang yang berpengalaman. Akan tetapi, pengalaman ini makin pudar mengikut peredaran masa dan teknologi kini yang semakin canggih.
Sultan Omar Ali Saifuddin III mengambil langkah dan inisiatif untuk membentuk satu jawatankuasa khas pada tahun 1975 dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan telah di tubuhkan pada tahun 1984 diatas persetujuan ramai. Tujuan di tubuhkan pusat kesenian ini adalah untuk menghidupkan kembali kepandaian di dalam pertukangan tangan khususnya orang-orang Brunei supaya ianya tidak pupus. Tenaga pengajar yang mengajar di pusat itu terdiri daripada pakar-pakar dalam pembuatan perak dan kebanyakan tenaga pengajar pada masa ini adalah pelatih pertama pusat kesenian itu sendiri.