Dalam proses pembuatan produk perak, ada 6 proses yang perlu di lalui iaitu:-
i) Penggilingan
ii) Pemotongan
iii) Melukis Motif dan bunga
iv) Motif dan bunga dipahat
v) Pateri
vi) Penggilapan
Pertama sekali, kepingan perak yang kebiasaannya berukuran panjang 30 inci berkelebaran 17 inci digiling supaya menjadi sedikit nipis yang akan memudahkan "pemandai" atau petukang perak melakukan kerja mereka. Kepingan yang siap digiling akan dipotong sesuai dengan sukatan produk yang bakal mereka hasilkan.
Kemudian, pemandai mula melukis motif dan bunga keatas kertas minyak dimana akan ditiru semula ke atas perak. Selesai kerja melukis motif dan bunga, pemandai akan mula memahat motif dan bunga tadi keatas kepingan perak mengikut lukisan atas kertas minyak atau terus sahaja keatas kepingan perak tadi.
Seusai pahatan motif dan bunga, kepingan tadi siap untuk dibentuk kepada bentuk yang diinginkan. Contohnya, jika bentuk yang diinginkan adalah bulat, kayu pengarongan akan digunakan untuk melentur kepingan tadi menjadi bulat dengan menggunakan tukul. Kemudian kepingan tadi harus ditemukan dua penghujungnya untuk menjadi bentuk bulat yang dikehendaki. Proses ini dipanggil memateri kepingan perak. Untuk memateri, apa yang diperlukan ialah campuran serpihan perak dan tembaga serta pijar. Campuran perak tadi akan diletakkan dipertemuan dua penghujung tadi lalu dibiarkan sehinggakan campuran tadi sebati dan pertemuan yang dikehendaki tercapai.
Selesai dipateri, produk kemudiannya menjalani proses terakhir iaitu penggilapan yang dibantu alatan moden. Produk akan menjalani penganalisaan terakhir sebelum diserahkan unuk dijual.
Di antara hasil pertukangan perak dan tembaga:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan